Merisik Ilmu

Ingin didaki biarpun tinggi, mengemis ilmu walaupun perit
bahasa melayu bahasa kita, bangsa melayu bangsa kita

Tuesday, September 27, 2011

Nilai Murni Dan Pengajaran

Nilai Murni

1. Kasih Sayang


  •  Jelas tergambar nilai murni dalam novel ini ialah kasih sayng Azfa Hanani. Sebagai seorang anak saudara dan sepupu kepada ahli keluarga bapa saudaranya, dia menyayangi mereka seperti keluarga sendiri, dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepentingan keluarganya itu.
  • Kasih sayang anak dan menantu kepada ibu dan mentua.Hal ini dikaitkan dengan perlakuan Abang Mazran dan Kak Finaz kepada Datin Maziah.
  • Terdapat juga kasih sayang antara sahabat dengan sahabat, iaitu kasih sayang Azfa Hanani kepada rakan-rakannya di SMSD dan di SMTS.
  • Kasih sayang antara remaja perempuan dengan remaja lelaki pula dapat dilihat dengan jelas melalui hubungan yang cuba dijalin oleh Azfa Hanani dengan Ekran.
  • Kasih saynag antara manusia pula wujud dengan paparan insiden kesediaan Datin Maziah menyusui Azfa Hanani di lokasi kemalangan jalan raya dan kebaikan Abang Mazran terhadap Zuraini yang lumpuh.
2. Mengakui Kesilapan


  • Kesediaan diri mengakui kesilapan agak menonjol dalam novel ini.Peristiwa yang paling jelas tentunya membabitkan sikap Azfa Hanani yang sedar bahawa dia tersilap mencuri buku rujukan SPM di perpustakaan SMSD.
  • Amalan nilai murni turut dilakukan oleh Tengku Datauk Makmur.Orang kaya itu berani mengaku kepada Azfa Hanani bahawa dialah punca kemalangan yang meragut nyawa ayah dan ibu remaja itu.Datin Maziah juga mengakui kesilapannya menghalau Azfa Hanani dari banglonya.
  • Fauziana dan Syafikah pula mengakui kesilapannya berkawan dan mengikut telunjuk Laili secara membabi buta.Tidak ketinggalan mengamalkan nilai murni ini ialah Abang Muzaffar apabila dia mula mengubah tanggapannya terhadap Ekran.
3. Memaafkan Orang Lain


  • Amalan memaafkan orang lain terdapat pada diri Azfa Hanani, Ekran, dan Ellina.Walaupun dikasari Tengku Datuk Muzaffar, Azfa Hanani masih mampu memaafkan semua individu tersebut.Dia masih mampu berbaik-baik semula dengan mereka, malah kembali ke rumah Tengku Datuk Makmur setelah dipujuk dalam satu perbincangan di jeram di Kampung Merpati.
  • Ekran pula bersedia berbaik-baik dengan Abang Muzaffar biarpun pemuda berkenaan pernah membakar gerai burgernya yang memperlihatkan permusuhan yang panjang sebelum itu.Ellina yang kerap menghadapi serangan emosi bersedia memaafkan tiga gadis Glamour Girls pada penghujung cerita.

No comments:

Post a Comment