Merisik Ilmu

Ingin didaki biarpun tinggi, mengemis ilmu walaupun perit
bahasa melayu bahasa kita, bangsa melayu bangsa kita

Thursday, September 29, 2011

AZFA HANANI : TEKNIK PLOT

Teknik Plot :


-Pemerian
- Menolog dalaman
- Dialog
- Ketegangan
- Imbas kembali
- Unsur kebetulan


Dialog
- Dialog yang digunakan pengarang menjadikan novel ini menarik dan hidup dari segi pergolahan dan pergerakan plot.


" Kedua-duanya sekali. Tapi orang yang panjang tangan, kita kenalah kerat sikit. Biar sama macam orang lain, " jawab Kamilah dengan lancar.   (halaman 7)

 " Maafkan saya "   (halaman.41)
   
 " Majlis dah nak bermula. Nini tunggu siapa lagi ni ?"   (halaman.139)


Pemerian
- Penggunaanya penting untuk menjelaskan sesuatu sebagai bantuan kepada dialog yang dilafazkan watak.


Syafikah dan Fauzian memang sengaja merendah-rendahkan kemampuan orang lain.Sifat semula jadi mereka,  begitu antara komen Murni dalam diarinya. .... (halaman.86)


Selesai berkemas, Ekran mengajak aku menjamu selera di sebuah gerai nasi ayam.Pada mulanya, aku menolak tetapi oleh sebab dia bersungguh-sungguh meminta aku menemaninya, aku tidak  dapat mencari alasan untuk berkeras.   (halaman.100)


... Di atas bangku panjang itu, Ekran kemudiannya memaklumkan kepadaku bahawa kedua-dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. ... (halaman.213)


Menolong dalaman
- Teknik ini digunakan untuk merakamkan gelodak batin, isi hati, dan fikiran watak yang tidak dizahirkan dalam bentuk monolog atau dialog.


   Aku terfikir, alangkah bagusnya kalau diri ini juga mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. ...   (halaman.83)


   Benarkah suara aku bagus? ...   (halaman.85)


...Daripada mana Ekran tahu dan siapa pula yang memberitahu, Murni hanya pandai makan nasi menggunakan sudu dan garpu sahaja? Atau... apakah sebenarnya Ekran memang rapat dengan gadis itu?   (halaman.102)


   Alahai, padanlah! Persatuan Murid Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari sudah termakan budi rupanya.   (halaman.113)

Tuesday, September 27, 2011

Nilai Murni Dan Pengajaran

Nilai Murni

1. Kasih Sayang


  •  Jelas tergambar nilai murni dalam novel ini ialah kasih sayng Azfa Hanani. Sebagai seorang anak saudara dan sepupu kepada ahli keluarga bapa saudaranya, dia menyayangi mereka seperti keluarga sendiri, dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepentingan keluarganya itu.
  • Kasih sayang anak dan menantu kepada ibu dan mentua.Hal ini dikaitkan dengan perlakuan Abang Mazran dan Kak Finaz kepada Datin Maziah.
  • Terdapat juga kasih sayang antara sahabat dengan sahabat, iaitu kasih sayang Azfa Hanani kepada rakan-rakannya di SMSD dan di SMTS.
  • Kasih sayang antara remaja perempuan dengan remaja lelaki pula dapat dilihat dengan jelas melalui hubungan yang cuba dijalin oleh Azfa Hanani dengan Ekran.
  • Kasih saynag antara manusia pula wujud dengan paparan insiden kesediaan Datin Maziah menyusui Azfa Hanani di lokasi kemalangan jalan raya dan kebaikan Abang Mazran terhadap Zuraini yang lumpuh.
2. Mengakui Kesilapan


  • Kesediaan diri mengakui kesilapan agak menonjol dalam novel ini.Peristiwa yang paling jelas tentunya membabitkan sikap Azfa Hanani yang sedar bahawa dia tersilap mencuri buku rujukan SPM di perpustakaan SMSD.
  • Amalan nilai murni turut dilakukan oleh Tengku Datauk Makmur.Orang kaya itu berani mengaku kepada Azfa Hanani bahawa dialah punca kemalangan yang meragut nyawa ayah dan ibu remaja itu.Datin Maziah juga mengakui kesilapannya menghalau Azfa Hanani dari banglonya.
  • Fauziana dan Syafikah pula mengakui kesilapannya berkawan dan mengikut telunjuk Laili secara membabi buta.Tidak ketinggalan mengamalkan nilai murni ini ialah Abang Muzaffar apabila dia mula mengubah tanggapannya terhadap Ekran.
3. Memaafkan Orang Lain


  • Amalan memaafkan orang lain terdapat pada diri Azfa Hanani, Ekran, dan Ellina.Walaupun dikasari Tengku Datuk Muzaffar, Azfa Hanani masih mampu memaafkan semua individu tersebut.Dia masih mampu berbaik-baik semula dengan mereka, malah kembali ke rumah Tengku Datuk Makmur setelah dipujuk dalam satu perbincangan di jeram di Kampung Merpati.
  • Ekran pula bersedia berbaik-baik dengan Abang Muzaffar biarpun pemuda berkenaan pernah membakar gerai burgernya yang memperlihatkan permusuhan yang panjang sebelum itu.Ellina yang kerap menghadapi serangan emosi bersedia memaafkan tiga gadis Glamour Girls pada penghujung cerita.

Latar Tempat

SEKOLAH MENENGAH SERI DIAN


  • Latar tempat di sekolah ini ialah makmal sains Azfa Hanani yang sedang menjalankan uji kaji    bersama dengan kumpulannya.
  • Bilik pengetua pula merupakan tempat dia dipertemukan dengan Abang Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan yang memintanya menyamar sebgai Tengku Murni.
KAMPUNG MERPATI


  • Latar novel ini di Kampung Merpati ialah rumah bapa saudara Azfa Hanani, yang dipanggilnya pak long.Di rumah itulah gadis tersebut dibesarkan dan belajar menjalani kehidupan.Secara khusus, kawasan rumah pak long Azfa Hanani yang berperanan dalam novel ini ialah dapur, ruang tamu, dan dihadapan rumah.
  • Latar lain ialah dusun Pak Haji Arshad, tempat Azfa Hanani makan buah rambutan selepas dihalau oleh Datin Maziah.Di situlah juga dia dikunjungi Tengku Maziah yang mahu memujuknya kembali ke Kuala Lumpur. 
RUMAH DATUK EKRAN


  • Rumah datuk Ekran terletak di Kampung Teruntum.Ekran tinggal di situ kerana ibu dan bapanya sedang menyiapkan pengajian doktor falsafah di Amerika Syarikat.Kawasannya bersih, mempunyai pokok rendang, serta terdapat pelbagai jenis pokok bunga yang sedang berbunga.
SEKOLAH MENENGAH TAMAN SARI


  • Bilik Tingkatan Lima Sains Satu merupakan tempat Azfa dan rakan-rakannya menimba ilmu.Di sini Azfa Hanani membina nama sebagai pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Dia berpotensi memperoleh A1 dalam peperiksaan SPM.
  • Di perpustakaan, Azfa Hanani mencatat fakta daripada naskhah akhbar tempatan untuk menyiapkan karangan Bahasa Melayu.Dia dihampiri Fauziana dan Syafikah.Dua gadis itu yang mewakili Laili mahu dia menjadi pengacara Malam Bakat Sumbangsih.
  • Selain itu, Bilik Persatuan Pelajar Tingkatan Lima juga penting.Di bilik inilah Azfa Hanani mendapatkan penjelasan Ekran tentang dompet Murni yang mengandungi kad pengenalan, sejumlah wang, dan beberapa keping kad yang dijadikan hadiah hari lahir Murni.Beg duit itu tertinggal di bilik itu ketika Murni berpisah dengan Ekran sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan.